
Wakil daripada Sweat Factory Fitness Centre Kota Belud telah menghantar sumbangan derma berbentuk wang ringgit dan barangan dapur kepada Keluarga Encik Latif di Kg.Sembirai Kota Belud.
Berita viral tentang kejadian kebakaran rumah ini telah menggerakkan komuniti di Sweat Factory Fitness Centre untuk turut sama dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa. Hasil daripada perbualan santai bersama keluarga mangsa, 7 anak beranak ini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka terbakar pada 24 Mei 2018, kira-kira jam 3.30pm di Kampung Sembirai, Kota Belud.
Segala persiapan raya dan semua baju raya habis terbakar, tiada yang tinggal. Bagi anda yang ingin turut serta menghulurkan bantuan kepada keluarga ini bolehlah berhubung dengan En.Latif untuk maklumat lanjut:
En. Latif Bin Saharin
No. Hp : 0128697283
No. Akaun : 12120-41-00008003-1
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional