• Phone: 0195205071
Sedikit Perkongsian Testimoni Dari Bro Jimley Dan Isterinya

Sedikit perkongsian testimoni dari Bro Jimley dan isterinya selepas mengikuti Program Power Partner Fitness Challenge di Sweat Factory:

Q1.Apakah yang telah banyak mengubah diri anda sepanjang mengikuti program ini bersama Sweat Factory?

Mrs J: Program ini banyak membantu saya secara peribadi dalam pelbagai hal. Firstly, mengubah MENTALITI saya berkaitan fitness ( dulu ingatkan fitness untuk orang yang berbadan besar/obes saja,tapi yang berbadan kecilpun boleh melabur banyak penyakit jika tidak dikawal.)

Mr.J: Program PP bersama SF ini sangat membantu saya dalam memulakan tekad untuk menurunkan berat badan, terutama talk dengan coach dalam segala persoalan tentang diet dan senaman. Program ini juga secara tidak langsung memberi ruang 'quality time' bersama isteri saya.

Q2. Apakah perbezaan program ini berbanding mana-mana program kecergasan lain yang pernah anda sertai?

Mrs.J: Program ini sangat unik kerana berkonsepkan partner/team. Kita boleh berkongsi semangat dengan partner kita.Personal talk dengan coach juga sangat membantu untuk mencapai target kita.

Mr.J : Saya pernah buat program sendiri, tetapi tidak seindah buat di SF. Dunia lebih indah bila ada isteri dan kawan-kawan, lebih sweeetttt...


About Us

  • Sweat Factory

    Sweat factory was established to encourage a healthier lifestyle and to workout to achieve individual fitness goal as a big Family.